Kemaskini Terakhir: Jumaat,28 Apr 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KUALA LUMPUR, 30 Okt 14 – YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM hari ini telah secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara daripada Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM di dalam satu majlis serah terima tugas yang berlangsung di Markas Tentera Udara.

Terdahulu, YBhg Lt Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah mengambil tabik hormat Kawalan Kuarter yang diadakan di Foyer Kementerian Pertahanan sebelum menghadiri sesi taklimat khas yang turut dihadiri oleh semua AKS.