Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

KETUA STAF MPOU MERASMIKAN PENUTUP KURSUS PAYUNG TERJUN

BANTING, 29 Ogos 16 - Majlis Penutup, Penyampaian Sijil dan Pemakaian Sayap Penerjunan kepada penuntut Kursus Pelepas Terjun Bebas Tempur TUDM siri 12/16, Kursus Terjun Bebas Tempur TUDM Siri 35/16 dan Kursus Terjun Statik Tempur TUDM Siri 63/16 telah selamat disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mj Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, yang bertempat di Hanger PARA  Rejimen TUDM Jugra.

Dalam ucapan penutup kursus tersebut, KS MPOU mengingkatkan kepada semua penuntut agar menimba pengalaman sebaik mungkin melalui kursus-kursus yang dianjurkan ini bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan selain menitik beratkan soal keselamatan semasa mengendalikan payung terjun. Beliau juga turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua penuntut-penuntut kursus sepanjang 6 minggu latihan dilaksanakan.

Seramai 65 anggota terdiri daripada 9 Pegawai dan 56 Anggota LLP dalam perkhidmatan ATM yang telah disematkan sayap penerjunan dan sijil tamat kursus.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT BAGI PELAJAR UPSR 2016 SK PANGKALAN TENTERA, KUANTAN

KUANTAN, 25 Ogos 2016 – Bertempat di Masjid Al-Makmur, Kem Batu 10 gabungan antara PLTB III, No. 17 Skn, Unit Bina Insan SK Pangkalan Tentera dan BAKAT PU Kuantan telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat bagi Pelajar UPSR 2016 SK Pangkalan Tentera.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Haji Yazid bin Hj Arshad TUDM. YBhg Komander Pangkalan turut berbesar hati menyampaikan nasihat kepada calon-calon UPSR 2016 yang hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga kepada pelajar terbabit. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi menambahkan lagi keyakinan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang.

MAJLIS PENGIBARAN JALUR GEMILANG LDMC

TANJUNG BUNGAH, 16 Ogos 16 - Pegawai Memerintah Leadership Development & Management Centre TUDM, Lt Kol Mohd Safiee bin Mohd Yusof TUDM telah menyempurnakan majlis pengibaran Jalur Gemilang bagi menyemarakan lagi sambutan hari kemerdekaan. Seramai 40 staf LDMC bersama kakitangan awan LDMC telah terlibat dalam program ini. Program ini juga telah diserikan lagi dengan acara konvoi di sekitar kawasan Tanjung Bungah dan kawasan LDMC.

MAJLIS PEMBUKAAN EX TEAK MINT 2016

SUBANG, 29 Okt 16 - Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force akan menjalani Latihan bersama antara  dua hala iaitu Exercise Teak Mint 2016. Latihan ini yang akan diadakan di PU Subang serta kawasan lain seperti Lenggeng Negeri Sembilan, Penor Pahang, Rejimen TUDM Jugra dan Pangkalan Udara Kuantan. Terdapat 200 anggota terlibat dan latihan ini bermula pada 22 Ogos hingga 2 Sep 16.

Tujuan latihan ini adalah untuk kerjasama antara TUDM dan USAF dalam persekitaran operasi gabungan dan bersama. Selain itu ia juga boleh memberi perkongsian maklumat, keselamatan, memupuk kerjasama dan mempromosikan pertukaran maklumat antara TUDM dan United State Air Force.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM REMAJA BERWAWASAN SUMMER CAMP 3/16

ALOR SETAR, 22 Jul 16 – Majlis penutup Program Remaja Berwawasan Summer Camp 3/16  telah berlangsung di Dewan Peperiksaan ITAS Kolej. Program ini adalah dibawah  National Blue Ocean Strategy 8 (NBOS 8) yang merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan indeks jenayah.

Terdapat empat inisiatif dibawah Uniformed Policing 2 dan Program Remaja Berwawasan merupakan inisiatif yang keempat bertujuan untuk menangani masalah disiplin di kalangan murid sekolah. Terdapat tiga agensi utama yang melaksanakan program ini iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul kursus termasuk ketenteraan, motivasi dan kaunseling, kemahiran individu dan kumpulan, kepimpinan dan kerohanian.

Majlis tersebut telah ditutup oleh YBhg Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM. Turut hadir majlis penutup tersebut Pengarah Pendidikan ATM Kol Zubir nin Mohamed ,Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti Negeri Kedah ACP Mohd Ismon bin Suratman, Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah En Abdul Rahim bin Mat, Pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi Kerajaan dan guru-guru sekolah yang terlibat didalam program ini.